Pengasas qari
Ustaz Haji Abdullah Hashim bin Haji Omar dilahirkan di Kampung Padang Tok Mat Ketereh, Kelantan pada tahun 1944. Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Attaqaddumil Ilmi Ketereh sehingga mendapat Syahadah IV Thanawi (Djh IX). Seterusnya menyambung pelajarannya ke Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan (PPTIK) Nilam Puri dan berjaya mendapat Syahadah A’liah di dalam jurusan Syariah Walqanun serta mengikuti Ikhtisas Diploma Pendidikan pada tahun 1972.
Pada Bulan Ogos 1972 beliau mula berkhidmat di Sekolah Menengah Agama (Arab) di Negeri Kelantan. Pada tahun 1982 beliau dilantik sebagai Pengetua. Beliau berpengalaman luas di dalam bidang pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Qari diperkenalkan atas kesedaran Ustaz Abdullah Hashim setelah melihat masyarakat Islam sekarang yang masih ramai tidak dapat membaca Al-Quran disebabkan oleh kelemahan sistem pengajaran itu sendiri yang tidak bersesuaian dengan sesetengah individu. Tindakan pelajar-pelajar tersebut yang mengatakan Al-Quran sukar dipelajari menyebabkan mereka ini masih lagi buta quran walaupun sudah mencapai umur mukallaf..
Kesempatan pada 1hb Oktober 1994 dalam mengikuti Kursus Satu Tahun DG7 bagi perlantikan ke DG3 di Institut Aminuddin Baki telah diambil oleh Ustaz Abdullah Hashim dalam menghasilkan sebuah buku analisis yang bertajuk ‘Buta Quran Sehingga Ke Peringkat Umur Mukallaf : Siapakah Puncanya?’ kajian terperinci mengenai punca-punca masalah buta quran disenaraikan dan faktor yang paling utama ialah ketiadaan kaedah yang sesuai atau yang memudahkan pelajar-pelajar dalam mempelajari Al-Quran.
Hasil daripada kajian tersebut beserta dengan pengalaman Ustaz Abdullah Hashim dalam mengajar Al-Quran selama lebih 20 menyebabkan beliau mencari kaedah yang mudah dan berkesan. Kaedah ini terpaksa disusun dan diuji bertahun-tahun kepada kanak-kanak, golongan dewasa dan juga kepada golongan warga emas bagi memastikannya benar-benar dapat membantu menangani masalah buta quran dikalangan mereka yang susah untuk mempelajarinya. Maka terciptalah suatu kaedah yang diberi nama QARI.