Kisah Adik Danish, Selayang
Saya dihubungi oleh Mama Danish pada 4/9/14 dan mamanya bercerita panjang mengenai kegagalan anaknya dalam Ujian Kemasukan Danish ke Sekolah Al-Amin bagi kemasukan 2015, Gombak. Subjek Akademik yg lain lulus cemerlang namun dalam iqra' 4 anaknya gagal.
Setelah melalui proses rayuan, ustaz tersebut memberi tempoh masa sebulan bagi menduduki semula uijian iqra' 4.
Adik Danish berusia 6 tahun mula mngaji pada 5/9/14 di rumah atuk dan neneknya di Taman Sri Selayang, Setiap petang saya akan kerumahnya untuk mengajar adik Danish mengaji menggunakan Kaedah Qari.
Setelah sebulan adik Danish bukan sahaja meguasai Iqra' 4 namun telah berjaya membaca Al-Quran dan adik Danish juga telah berjaya melepasi ujian kemasukannya ke Sekolah Al-Amin.Keluarganya sangat gembira dan membuat majlis kesyukuran bagi meraikan kejayaan itu. Alhamdulillah dan syukur.
Video diatas saya ambil sebelum beliau menduduki ujian kedua iaitu lebih kurang sebulan selepas adik Danish mula mengaji.